Contoh Kesimpulan Assignment Pengajian Malaysia Mpw1133

Unformatted text preview: Tugasan 1 MPW1133 – Pengajian Malaysia Ahli Kumpulan: 1) 2) 3) 4) 5) 6) Chhui Chong San Mok Kah Kiat Chong Jia Yun Leong Wing Loong Loh Chee Kin Ting Yin Yeow (FBZ 1642P ) ( (FBZ 1642P) (FBZ 1642P) ( (FBZ 1642P) Disediakan untuk: Ms. Norasidah bte Sidek Tarikh hantar: 30 Mei 2016 Indeks 1.0 Bangsa Melayu 1.1 Asal-usul Bangsa Melayu................................................................................ 1 1.2 Agama dan Kepercayaan Bangsa Melayu....................................................... 1 1.3 Adat Resam Bangsa Melayu............................................................................ 2 2.0 Bangsa Cina 2.1 Asal-usul Bangsa Cina..................................................................................... 3 2.2 Agama dan Kepercayaan Bangsa Cina............................................................ 3 2.3 Adat Resam Bangsa Cina.................................................................................4 3.0 Bangsa India 3.1 Asal-usul Bangsa India.................................................................................... 5 3.2 Agama dan Kepercayaan Bangsa India........................................................... 5 3.3 Pantang-larang Bangsa India........................................................................... 6 4.0 Bangsa Iban 4.1 Asal-usul Bangsa Iban..................................................................................... 7 4.2 Sistem Bahasa dan Kepercayaan Bangsa Iban ................................................7 4.3 Kebudayaan Bangsa Iban.................................................................................8 5.0 Bangsa Kadazan 5.1 Asal-usul Bangsa Kadazan.............................................................................. 9 5.2 Agama dan Kepercayaan Bangsa Kadazan......................................................9 5.3 Kebudayaan Bangsa Kadazan ........................................................................10 6.0 Bangsa Sikh 6.1 Asal-usul Bangsa Sikh....................................................................................11 6.2 Agama dan Kepercayaan Bangsa Sikh...........................................................11 6.3 Adat Resam Bangsa Sikh.................................................................................12 Kesimpulan & Pengajaran...................................................................................13~14 Sumber Rujukan.......................................................................................................15 1.0 Bangsa Melayu 1.1 Asal-usul Bangsa Melayu Asal usul bangsa melayu merupakan sesuatu yang sukar di tentukan,walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan pekara ini,tetapi kata sepakat antara sarjana belum dicapai.secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal usul bangsa melayu iaitu bangsa Melayu berasal dari Yunnan (Teori Yunnan ), dan bangsa Melayu berasal dari Nusantara (Teori Nusantara). Selain itu ada juga pendapat yang mengatakan bahawa orang minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh,iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara sungai Jambi dan Palembang,semasa banjir besar berlaku di bumi.tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh. Teori ini disokong oleh beberapa sarjana R.H.Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperi Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk dari Asia Tengah ke Kepulauan Melayu. 1.2 Agama dan Kepercayaan Bangsa Melayu Kepercayaan Animisme Kepercayaan animisme merupakan bentuk kepercayaan paling awal sebelum kehadiran agama lain. kepercayaan ini berhubung kait dengan alam semula jadi.Mereka percaya semua benda di dalam dunia ini mempunyai roh atau semangat yang mempengaruhi kehidupan manusia sama ada baik atau buruk.Roh atau semangat ini perlu dipuja agar membawa kebaikan dan menambahkan rezeki. Keadaan ini telah mempengaruhi kehidupan mereka kerana terdapatnya aktiviti-aktiviti memuja pantai atau semangat padi bagi menjamin keselamatan dan menambahkan hasil padi.Dengan ini timbullah konsep pantang larang, adat istiadat, undangundang, kebudayaan dan sebagainya. 1 1.3 Adat Resam Bangsa Melayu Bersunat / Berkhatan Adat bersunat bagi bayi perempuan lazimnya dilakukan ketika bayi itu masih kecil iaitu beberapa hari selepas dilahirkan. Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak perempuan akan menjalani upacara ini sekurang-kurangnya ketika berumur setahun atau lebih. Adat ini akan dijalankan oleh bidan. Bagi kanak-kanak lelaki, mereka akan menjalani adat bersunat atau juga dipanggil berkhatan ketika umur mereka dalam lingkungan 8 hingga 12 tahun. Adat berkhatan akan dijalankan oleh Tok Mudim. Di dalam ajaran Islam, bersunat atau berkhatan adalah wajib kerana Islam menitikberatkan kesucian lahir dan batin. Di samping itu juga,ia baik dari segi kesihatan. Majlis bersunat kanak-kanak perempuan tidak semeriah majlis berkhatan kanak-kanak lelaki dan ada juga yang menjalankannya serentak dengan majlis perkahwinan. 2 2.0 Bangsa Cina 2.1 Asal-usul Bangsa Cina Bangsa cina ialah penempatan kepada salah satu tamadun tertua dan paling kompleks yang meliputi sejarah lebih 5000 tahun. Orang cina di Malaysia merupakan kaum yang kedua besar di negara ini. Masyarakat cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik. Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib. 2.2 Agama dan Kepercayaan Bangsa Cina Sambutan dan perayaan dalam kaum cina adalah Tahun Baru Cina. Kaum Cina menyambut Tahun Baru Cina. Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang terbesar dan terpenting bagi kaum cina. Tahun Baru Cina dianggap penting kerana membolehkan semua ahli keluarga yang belajar atau bekerja di luar negara dapat pulang ke rumah untuk berkumpul bersama. Pada Tahun Baru Cina, ibu bapa atau orang yang lebih tua akan menberi ang pau kepada anak-anak sebagai tanda baik agar mereka boleh hidup dengan lebih sihat dan bahagia. Sebelum sehari Tahun Baru Cina, semua keluarga cina akan berkumpul bersama dan makan bersama-sama untuk melambangkan bersatu atau perpaduan. Tahun Baru Cina akan disambut selama 15 hari sehingga Chap Goh Mei. Selain itu, hari Chap Goh Mei merupakan Tahun Baru Cina yang terakhir. Ia terjatuh pada hari ke-15 pada bulan 1 dalam kalender cina. Oleh itu, semua orang cina menyambutnya dengan gembira dan ceria dimana mereka makan dan berkumpul bersama dengan ahli keluarga. Bagi kaum wanita yang belum kahwin, mereka digalakkan menulis nama dan nombor telefon di atas limau mandarin dan dibuang ke dalam sungai. Kaum lelaki yang masih bujang pula boleh mengutip limau yang dibuang agar boleh mencari jodoh mereka menerusi limau mandarin. Tambahan pula, perayaan Chingay merupakan perayaan kemuncak Cap Goh Mei. Perayaan Chingay diraikan setiap tahun pada hari ke-21 bulan pertama kalendar Lunar Cina. Chingay merupakan acara agama dan acara budaya tradisi Tiong Hua. Apa yang menarik dalam perayaan Chingay ialah pertandingan kehebatan pasukan-pasukan Chingay membuat persembahan akrobatik seperti membawa tiang bendera itu dengan menggunakan kaki dan mulut. 3 2.3 Adat Resam Bangsa Cina Tradisional bagi kaum cina adalah Talian Singa. Talian Singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Dari segi pakaian, masyarakat Cina kini kebanyakannya telah mengenakan pakaian maden yang bercicikan Barat. Namun begitu, pakaian tradisi golongon wanita Cina masih digunakan sehingga kini. Salah satu darinya adalah “samfoo”. Samfoo terdiri daripada kombinasi blaus dan seluar. Pakaian ini lebih kerap digunakan oleh golongan tua. Sejenis lagi pakaian adalah “cheongsam”. Dari segi makanan, makanan asas masyarakat Cina di negara ini adalah nasi. Namun begitu, jenis-jenis makanan utama terdiri daripada Kantonis, Hokkien dan Szechuen. 4 3.0 Bangsa India 3.1 Asal-usul Bangsa India Orang-orang India telah datang berniaga ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu berdasarkan kitab Ramayana yang menyebut mengenai cengkih. Kitab Ramayana yang ditulis kurun ke lima atau empat sebelum masihi (2,500 tahun dahulu) menyebut mengenai cengkih (yang berasal dari kepulauan Indonesia). Kumpulan-kumpulan seperti komuniti Chitty Melaka dan komuniti Mamak merupakan keturunan penghijrah semasa Kesultanan Melaka dan kemudiannya semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda. Perolehan Negeri-negeri Selat — Pulau Pinang, Melaka dan Singapura — oleh pihak British antara tahun 1786 hingga 1824 memulakan satu aliran masuk tidak putus-putus yang terdiri daripada buruh, pedagang, supai, dan banduan yang melibatkan diri dalam bidang pembinaan, pertanian dagangan,pertahanan, dan perdagangan. Penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura sebelum kemerdekaan terdiri terutamanya daripada orang dewasa lelaki yang meninggalkan keluarga mereka di India and Sri Lanka. Oleh itu, dengan kedatangan dan kepulangan mereka, bilangan penduduk India naik turun dengan kerap. 3.2 Agama dan Kepercayaan Bangsa India Setiap bangsa dalam Negara Malaysia mempunyai perayaan yang tersendiri bagi kaum mereka tersendiri. Bagi kaum India mereka merayakan perayaan mereka seperti deepavali, thaipusam, dan ponggal bagi setiap tahun. Bagi perayaan Deepavali, penganut hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut hindu akan mengunjungi kuil,dimana patung dewa hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga. Bagi thaipusam pula, merupakan perayaan menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan di atas muka bumi. Tidak semua penganut hindu melakukan Nazar. Nazar yang membawa maksud memohon sesuatu hajat kepada dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran. Bagi ponggal pula,perayaan ini diraikan secara beramai-ramai, iaitu dengan memasak menggunakan periuk yang kebanyakannya diperbuat daripada tanah liat, bertujuan untuk menandakan masa mereka menuai hasil tanaman. 5 3.3 Pantang-larang Bangsa India Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut Hindu di seluruh dunia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan “Dipa” yang bererti cahaya dan perkataan “Gavali” yang bererti barisan. Perayaan ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November). Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta cahaya. Cahaya bermaksud ‘harapan’, ‘kemenangan’ dan ‘kebahagian’. Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan malam bersama dengan pelbagai jenis makanan hidangan tradisi kaum India. Pada waktu malam pula diadakan upacara mesti memasang pelita oleh seluruh ahli keluarga. Pelita yang dipasang dipercayai bahawa kecerahan dapat mengatasi segala kejahatan. 6 4.0 Bangsa Iban 4.1 Asal-usul Bangsa Iban Kaum iban dahulu dikenali Dayak Laut. Jumlahnya mempunyai 876,000 orang iaitu 40% daripada jumlah penduduk Sarawak. Kaum iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar dalam Sarawak. Kebanyakan kaum Iban tinggal berkampung di rumah panjang yang kebiasaannya terletak di tepi sungai atau di tepi jalan raya. Kemudahannya adalah pendapatan sumber-sumber dan perhubungan antara satu sama lain. Rumah panjang merupakan sesuatu bangunan yang sangat panjang dan mempunyai beberapa keluarga akan tinggal bersama di rumah panjang. Kebanyakannya dibuat dari kayu dan daun. Selain itu, cara hidup orang Iban diamalkan pelbagai amalan iaitu tolenransi, hukum adat dan lain-lain. Kebanyakan masyarakat Iban sekarang telah menetap di bandar-bandar besar di sekitar Negeri Sarawak. 4.2 Sistem Bahasa dan Kepercayaan Bangsa Iban Orang Iban mempunyai bahasa dan sistem tulisan yang tersendiri tanpa mencontohi etnik yang lain. Perkembangan sistem bahasa Iban di dalam pengukuhannya bagi penggunaan kepelbagaian pertuturan seterusnya membentuk puisi rakyatnya sendiri. Oleh itu, orang Iban pandai dalam menggunakan bahasa untuk mencipta puisi yang cantik. Kebanyakan orang Iban menganut agama Kristian. Pada hari Ahad, orang Iban akan yurun ke gereja untuk ibadat. Orang Iban juga menyambut hari Natal. Pada 24hb disember, mereka akan raikan dalam gereja Kristian. Kepercayaan orang Iban adalah seorang Tuhan yang agung yang mencipta dunia ini dan alam semsta iaitu Bunsu Petara. Di samping itu, orang iban juga percaya ajaran animisme. Ajaran animisme percaya bahawa semua binatang yang hidup, tumbuhan dan barangan fizikal seperti bukit, gunung dan sungai. Antara tradisional perayaan, orang Iban akan menyambut perayaan Gawai. Perayaan Gawai akan disambut setahun sekali pada 1/2 Jun. Perayan ini disambut kerana menuai padi. Pada hari ini, mereka akan mencontohi nenek moyang mereka antara mempakai pakaian tradisional dan akan mengadakan tarian Ngajat. Di samping itu ,meraka akan minum arak beras (tuak) dan menjalankan aktiviti hiburan yang lain. 7 4.3 Kebudayaan Bangsa Iban Budaya orang Iban adalah tarian tradisional kaum dinamakan Ngajat. Pakaian yang dipakai oleh kaum wanita semasa Ngajat dinamakan Ngepan. Pakaian yang dipakai oleh kaum lelaki adalah Gari Burung. Tarian ini akan ditarikan semasa waktu Gawai ataupun orang khawin dan lain-lain. Pandang-larang kaum Iban adalah mereka dilarang mandi selapas bururut. Hal ini demikian ia akan menanbahkan kesakitan dan keuzuran. Selain itu, mereka dilarang menggali parit di kawasan padi atau di tepi kawasan padi. Akhirnya, mereka juga dilarang memotong pokok yang menjalar di atas tanah, kerana dibambangi akan menghalang pendarahan yang berterusan semasa melahirkan anak. 8 5.0 Bangsa Kadazan 5.1 Asal-usul Bangsa Kadazan Kadazandusun merupakan bumiputera yang terbesar di Negeri Sabah.Masyarakat ini merupakan golongan petani,tetapi dengan perkembangan sosial-ekonimi yang dicapai oleh negara Malaysia sekarang, masyarakat ini beransur-ansur beralih ke bidang perkhidmatan, perniagaan dan pertanian moden.Sebelum Sabah merdeka melalui Malaysia, masyarakat Kadazandusun dikenali sebagai Dusun, iaitu nama yang diberi oleh orang luar kepada mereka.Selepas merdeka,mereka menggunakan nama “Kadazan”sebagai identiti mereka. Dari segi asal-usul satu daripada sejarah lisan yang polular adalah legenda yang mengatakan bahawa kaum Kadazan berasal dari satu tempat yang dinamakan “Nunuk Ragang”. Di tempat ini terdapat dua batang sungai iaitu Sungai Kegibangan dan Sungai Kawananan yang telah bergabung menjadi sungai yang lebih besar yang dinamakan Sungai Liwogu. 5.2 Agama dan Kepercayaan Bangsa Kadazan Bangsa Kadazan memegang kepada kepercayaan anismisme. Ia bermaksud kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai semangat (roh). Sebahagian kecil dari mereka telah memeluk agama Islam dan Kristian. Di kawasan pendalaman , ramai lagi yang masih pagan. Bagi masyarakat kadazandusun, Tuhan ialah "Kinorohingan" yang bersemayam di dunia lain. Mengikut kepercayaan kaum kadazandusun, Kinorohingan merupakan tuhan di mana mereka meminta sesuatu seperti keselamatan dan perlindungan dari sebarang penyakit Kinorohingan juga dapat menghalang pengaruh kuasa ghaib seperti "Roogon" atau syaitan. Masyarakat kadazandusun mempercayai bahawa roh orang mati akan pergi ke Gunung Kinabalu dan apabila tiba masanya roh itu akan pergi ke syurga atau neraka. 9 5.3 Kebudayaan Bangsa Kadazan Pakaian tradisi ini pula berbeza mengikut kawasan dan sosial budaya sukukaum Kadazan. Dalam aspek ini, tumpuan diberikan kepada corak pakaian dalam perayaa tertentu. Setiap etnik dalam Kadazan mempunyai pakaian tradisinya sendiri. Muzik tradisi yang ditonjolkan dalam kaum ini amat menarik dan unik. Alat-alat dan bunyibunyian tradisional ini banyak terdapat dalam suku kaum. Kadazan dan ianya berpotensi untuk diwarisi oleh generasi muda kini. Antara alat-alat muzik tradisi yang popular ialah gong, sompoton, kulintangan, togunggu atau togunggak, bungkau, pumpuak dan lain lain. 10 6.0 Bangsa Singh 6.1 Asal-usul Bangsa Sikh Di Malaysia, komuniti Sikh merupakan sub-golongan etnik India yang dianggarkan sekitar 70,000 orang dan berasal dari wilayah India Utara. Agama Sikh yang diasaskan oleh Sri Guru Nanak Dev Ji (1469-1539) juga tersebar dan berkembang luas ke rantau Asia Tenggara. Malaysia dan Singapura merupakan dua buah negara yang menjadi tumpuan petempatan awal komuniti minoriti Sikh semasa pemerintahan kolonial British di Tanah Melayu. Ada empat faktor utama berlakunya penghijrahan orang Sikh dari Punjab ke Malaysia.Kebanyakan penganut Sikh tinggal di negara bagian Punjab di India. Dua persen dari total 1,2 milyar penduduk India adalah penganut Sikh. Di tahun 80an, para fundamentalis menuntut pemisahan dari warga Punjab yang kaya raya. Indira Gandhi, yang dulu menjabat sebagai perdana menteri, membiarkan penyerangan terhadap kuil emas di Amritsar. 31.10.1984, ia di dibunuh oleh pengawalnya yang menganut agama Sikh. 6.2 Agama dan Kepercayaan Bangsa Sikh Sikhisme adalah agama yang percaya akan satu Tuhan yang pantheistik. Pendirinya adalah Guru Nanak (1469-1539). Ia dilahirkan sebagai Nanak Dev di Nankana Sahib, sekitar 40 kilometer dari Lahore. Menurut legenda, Guru Nanak yang dilahirkan di keluarga Hindu, mendapat wahyu setelah mandi pagi di tahun 1499. Pria yang saat itu berusia 30 tahun, lalu menyerahkan semua harta yang dimilikinya. Kemudian ia melakukan perjalanan keliling negeri sebagai pengkhotbah Sikhisme, untuk menyebarkan kepercayaaannya akan satu Tuhan. Guru Nanak tidak mengakui perbedaan kasta dan dengan demikian menjadinya agamanya menarik bagi anggota kasta rendah. 11 6.3 Adat resam Bangsa Sikh Mengandung Bagi masyarakat Sikh apabila seseorang wanita itu mengandung ia perlu mengikut segala pantang larang yang terdapat dalam masyarakat mereka untuk menjaga keselamatan ibu dan kamdungannya. Antara pantang larang yang dikatakan adalah seperti Ibu mengandung tidak dibenarkan makan buah yang berkembar kerana dikhuatiri boleh menyebabkan mendapat anak kembar. Mendapat anak kembar bukanlah suatu pantang larang di dalam masyarakat Sikh tetapi kelahiran anak kembar besar kemungkinan akan mendatangkan beban kepada sesetengah keluarga terutamanya keluarga yang susah . Ibu mengandung juga tidak dibenarkan memegang objek tajam seperti pisau atau gunting dan tidak boleh memotong apa- apa ketika gerhana matahari. Mengikut kepercayaan mereka, perbuatan tersebut boleh menyebabkan anak lahir dalam keadaan calar- balar di muka dan tidak cantik. 12 Kesimpulan Kesimpulan yang kami mendapat melalui folio ini termasuklah kami dapat melihatkan pelbagai kepercayaan dan adat resam kaum masing-masing. Semua kaum kebudayaannya adalah berbeza. Walaupun begini, perpaduan antara semua kaum tidak terputus. Kita dapat mempelajari kebudayaan yang terdapat daripada kaum lain dan kita boleh mengikut budaya tersebut dalam kehidupan kita. Masyarakat dalam sebuah negara juga akan melahirkan harmoni dan perpaduan sekiranya kebudayaan antara kaum dapat dikenalkan. Hal ini memerintahlan negara kita kepada arah perkembangan. Negara kita dapat memaju dari aspek sosial, ekonomi dan politik. Perpaduan adalah paling penting dalam sesuatu masyarakt yang terdiri daripada etnik-etnik berbeza untuk mendiri dan memajukan sebuah negara. 13 Pengajaran Pengajaran yang terdapat semasa menjalankan tugasan ini bersama-sama ahli kumpulan termasuklah. Kita mesti memperkenalkan kebudayaan bangsa masing-masing. Hal ini mempertingkatkan ilmu pengetahuan diri-sendiri. Selain itu, kita wajar sentiasa mempelajari adat resam dan kepercayaan bangsa lain. Hal ini melahirkan perpaduan antara kaum dan juga melahirkan harmoni di dalam masyarakat sebuah negara. Sekiranya kita mengikuti pengajaran tersebut, kita dapat mengelakkan serangan dan prejudis antara kaum dan negara. 14 Sumber Rujukan 1. http://documents.tips/documents/asal-usul-masyarakat-kadazandusun.html 2. http://www.academia.edu/11383356/BUDAYA-KADAZANDUSUN 3. http://www.sabah.edu.my/skm015.wcdd/pengenalan.htm 4. http://grazegarai.blogspot.my/2013/05/sejarah-asal-usul-iban.html 5. http://kamikongsiilmu.blogspot.my/2015/12/budaya-kaum-iban.html 6. http://www.jkkn.gov.my/ms/masyarakat-india-0 7. www.bmk12010.blogspot.my/ 8. www.pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/3243-masyarakat-india-dimalaysia.html 9. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/5669-warisan-budaya.html 10. http://intipsejarah.blogspot.my/2014/11/pengenalan-untuk-mengetahui-asalusul.html 11. “Pengajian Malaysia”, 5th ed. Mardiana Nordin. 12. “Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4”. Mahdi bin Shuid. 13. “Sejarah Tingkatan 4”. Rosnanaini binti Sulaiman. 14. “Pendidikan Moral Tingkatan 4”. Sapiah binti Ibrahim. 15. “Pendidikan Moral Tingkatan 5”. Chang Keng Ling. 15 ...
View Full Document

Malaysia pada 16 September 1963 selepas pembentukan Malaysia. Pembentukan PerlembagaanMalaysia telah melalui proses sejarah yang bermula dengan penguasaan British ke atas negeri Perak,Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu(NNMB).Semasa Perang Dunia Kedua (1942-1945), Jepun menakluki Tanah Melayu. British kembalimenduduki Tanah Melayu dan memperkenalkan suatu bentuk pemerintahan yang baru iaitu MalayanUnion pada April 1946. Walau bagaimanapun, bentuk pemerintahan baharu itu mendapat tentanganyang hebat daripada orang Melayu.Penentangan ini menyebabkan British memperkenalkan pula bentuk pentadbiran yang baharu,iaitu perjanjian Persekutuan 1948. Melalui perjanjian ini, kerajaan pusat terdiri daripada seorangPesuruhjaya Tinggi British, sebuah Majlis Mensyuarat dan sebuah Majlis Perundangan.Majlis Perundangan mengandungi anggota-anggota rasmi dan sebilangan anggota yang tidakrasmi yang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Hasil daripada perjanjian ini, wujudnya satuperlembagaan yang baharu bagi Tanah Melayu yang berkuat kuasa pada 1 Februari 1948.

0 thoughts on “Contoh Kesimpulan Assignment Pengajian Malaysia Mpw1133

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *